Respons Hangat terhadap Ucapan Xi tentang Perlindungan Tanah Paya

2022-11-08 15:37:15  CRI
Share with:

Ucapan Presiden China, Xi Jinping yang disampaikan secara maya dalam majlis perasmian Sidang Pemeterai Ke-14 “Konvensyen Tanah Paya” atau juga dikenali sebagai “Konvensyen Ramsar” telah mendapat respons yang hangat para hadirin dari dalam dan luar negara.

Dalam ucapannya, Xi mengemukakan tiga arahan yang boleh dianggap sebagai garis panduan yang saintifik terhadap pembangunan dan perlindungan tanah paya dalam senario global, iaitu menghimpunkan kata sepakat di peringkat antarabangsa tentang usaha menghargai tanah paya, mendorong prosedur global untuk melindungi tanah paya dan mengintensifkan manfaat tanah paya demi kesejahteraan rakyat”.

Pengarah Pejabat Eksekutif Jawatankuasa Penganjur Sidang Pemeterai ke-14 Konvensyen Tanah Paya, Meng Xianlin berkata, Presiden Xi menekankan bahawa hendaklah mempergiatkan modenisasi yang harmoni antara manusia dengan alam dan mendorong pembangunan dan perlindungan tanah paya ke arah yang berkualiti tinggi. Ini mencerminkan konsep pentadbiran Presiden Xi yang berpaksikan kepentingan rakyat.

Duta Besar Venezuela di China, Giuseppe Yoffreda pula berkata, beliau berasa teruja ketika mendengar ucapan Presiden Xi yang menunjukkan kerajaan China mementingkan perlindungan terhadap alam ekologi terutamanya terhadap tanah paya. Sementara itu, beliau juga mengetahui bahawa fikiran Xi Jinping tentang tamadun ekologi juga antara topik penting yang dibincangkan dalam Kongres Kebangsaan Parti Komunis China yang berakhir baru-baru ini.

 

Ketua Setiausaha Konvensyen Ramsar, Musonda Mumba menyatakan bahawa sidang kali ini mempunyai kaitan rapat dengan sidang Konvensyen Kepelbagaian Biologi. China telah memperlihatkan peranan positifnya dalam melindungi sistem ekologi.

Duta Besar UAE di China, Ali Al Dhaheri berkata, China sentiasa memainkan peranan perintis dalam perlindungan tanah paya. Kini, China mempunyai 13 “bandar tanah payah antarabangsa”, menduduki tempat pertama dalam ranking dunia. Pencapaian ini sungguh mengagumkan.

Pada waktu yang sama, keluasan tanah paya telah mencatat 56 juta hektar di China, membuktikan usaha gigih dilakukan China dalam perlindungan alam.