Eropah Diharap Melihat Hubungan dengan China secara Rasional

2022-11-09 13:17:40  CRI
Share with:

China berharap agar Kesatuan Eropah (EU) melihat hubungannya dengan China secara objektif dan rasional, bersama-sama dengan China mengekalkan trend perkembangan yang mengutamakan dialog dan kerjasama demi pencapaian yang saling menguntungkan dan sama menang. Serentak itu, kedua-dua pihak diharap bekerjasama menyahut cabaran sejagat untuk menambah elemen positif kepada dunia yang berada dalam pergolakan. Ini berfaedah bagi China dan Eropah malah seluruh dunia.

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian berkata demikian dalam sidang media semalam. 

Menurut maklumat berkenaan, Wakil Kanan Kesatuan Eropah bagi Dasar Luar dan Keselamatan, Josep Borrell melalui satu artikelnya yang diterbitkan baru-baru ini menyatakan bahawa China adalah rakan ekonomi penting bagi EU dan juga pesaing segenap aspek dan pihak lawan dari segi sistem. EU perlu meningkatkan kekentalan sendiri bagi mengelakkan kebergantungan yang melampau pada China. Tambah beliau, pihaknya akan menjalankan komunikasi dengan rakannya dalam rangka Kumpulan Tujuh (G7) tentang topik China dan bersedia meneruskan komunikasi dengan China dalam pelbagai isu termasuk hak asasi.

Sehubungan itu, Zhao menyatakan, adalah terbukti bahawa China dan Eropah mempunyai kepentingan sama yang luas dan asas kerjasama yang kukuh, bahkan kelebihan yang saling melengkapi. Sesetengah persaingan yang baik yang wujud antara kedua-dua pihak berfaedah bagi mendorong pembangunan masing-masing dengan pesat.

Bagaimanapun, menyentuh isu hak asasi manusia, Zhao menunjukkan bahawa  tiada piawaian hak asasi manusia  yang sama yang selaras dengan tata hukum setiap negara, maka EU dinasihati jangan hanya peka akan keadaan di luarnya, melainkan berfokus pada kaji diri dalam isu hak asasi.