Lagi 300 Surat Tempahan Kapal Terbang C919 Buatan China

2022-11-09 16:55:09  CRI
Share with:

Dimaklumkan dari Syarikat Kapal Terbang Komersial (COMAC),  Pameran Penerbangan dan Aeroangkasa Antarabangsa China (AirShow China) Ke-14 yang berlangsung di bandar Zhuhai sekarang ini menyaksikan 300 surat tempahan kapal terbang C919 buatan China yang baru diesahkan oleh 7 buah syarikat penyewa.

Dalam AirShow China tersebut, C919 menyerlah dalam persembahan penerbangan sehingga menarik perhatian dari syarikat penerbangan dari dalam dan luar negara. Beberapa hari yang lalu, C919 sudah pun mendapat sijil kelayakan dari Jabatan Penerbangan Aawam China yang dilihat bersamaa dengan 'lesen' dalam pasaran penerbangan. Kapal terbang jenis itu dijangka mempunyai prospek pasaran yang luas.

Selain itu, terdapat juga 30 surat tempahan kapal terbang ARJ21 ditandatangani dalam pameran tersebut.