Kapal Angkasa Kargo Tianzhou-5 Akan Dilancarkan pada Masa Sesuai

2022-11-09 14:30:37  CRI
Share with:

Kombinasi kapal angkasa kargo Tianzhou-5 dan roket pembawa Long March-7 Y6 telah dihantar ke pusat pelancaran Wenchang provinsi Hainan pada hari ini.

Menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA), kapal angkasa kargo tersebut berperanan mengangkut barangan ke Stesen Angkasa Lepas Tiangong.  

Semua kemudahan terbabit di tapak pelancaran dikesan berada dalam keadaan yang baik pada masa ini. Pemeriksaan terhadap fungsi pelbagai kemudahan dan ujian bersama sebelum pelancaran akan dijalankan menurut jadual.