Li Keqiang Tiba di Phnom Penh

2022-11-09 13:21:39  CRI
Share with:

Perdana Menteri China, Li Keqiang telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh pada malam Selasa untuk menghadiri  siri Sidang Pemimpin Kerjasama Asia Timur dan mengadakan lawatan rasmi ke  Kemboja.

Li berkata, China dan ASEAN adalah rakan strategik komprehensif dan rakan dagang terbesar antara satu sama lain. Berdepan dengan perubahan drastik situasi antarabangsa dan serantau, pertambahan pelbagai unsur yang tidak menentu dan tidak stabil, cabaran yang tidak pernah dihadapi bagi pembangunan global, siri sidang itu diharap menumpu kepada perkembangan dan kerjasama, mempertahankan amalan multilateralisme dan perdagangan bebas, mengekalkan panduan yang terbuka dan menang-menang, memelihara keselamatan dan kelancaran rantaian industri dan pembekalan global, dan berganding bahu menyahut cabaran global supaya dapat memberikan momentum baharu kepada usaha menggalakkan integrasi ekonomi serantau dan melindungi kedamaian, kestabilan, pembangunan dan kemakmuran serantau bahkan sejagat.

Tambah Li, sebagai jiran baik, China dan Kemboja yang mempunyai persahabatan tradisional berturut-turut membuahkan hasil  yang baharu dalam kerjasama saling menguntungkan. China berharap lawatan kali  ini dapat memperkukuh perpaduan dan persahabatan, memperluas bidang kerjasama,  dan mendorong pembangunan komuniti berkongsi nasib kedua-dua pihak demi  kepentingan negara dan kesejahteraan  rakyat.

Dimaklumkan, Li akan menghadiri Sidang  Pemimpin China-ASEAN Ke-25, Sidang Pemimpin ASEAN-China, Jepun dan Korea Selatan  Ke-25 serta Sidang Kemuncak Asia Timur  Ke-17.

Dalam tempoh lawatannya, Li akan mengadap Raja  Kemboja, Norodom Sihamoni, mengadakan mesyuarat dengan Perdana Menteri, Hun Sen,  menyaksikan penandatanganan dokumen kerjasama bilateral, menghadiri majlis  pembukaan lebuh raya Phnom Penh--pelabuhan Sihanouk, serta majlis penyerahan  projek pembaikpulihan Kuil Ta Keo di tapak peninggalan sejarah  Angkor.