China Bantah 'Larangan Pelaburan' AS

2022-11-10 13:34:39  CRI
Share with:

Kelaziman dan tata tertib pasaran yang normal terjejas teruk ekoran penguatkuasaan apa yang disebut 'larangan pelaburan terhadap China' yang dikekalkan kerajaan Amerika Syarika (AS) penggal ini. China lantang menyuarakan bantahan terhadap keputusan kerajaan AS yang melanjutkan sekatan pelaburan ke atas China yang diinisiatif pentadbiran Trump. Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijiang berkata demikian dalam sidang media semalam.

Menurut laporan berkenaan, Rumah Putih mengumumkan bahawa pihaknya memutuskan untuk melanjutkan penguatkuasaan perintah pentadbiran Trump tentang melarang warga AS melabur terhadap syarikat China yang berkaitan dengan pihak tentera.

Zhao menyatakan bahawa AS meneruskan langkah salah kerajaan penggal lalu, iaitu bermotifkan politik melaksanakan perintah larangan terhadap apa yang disebut 'perusahaan berkaitan tentera' tanpa mengambil kira fakta yang sebenar dan operasi syarikat berkenaan. Akibatnya, bukan sahaja kelaziman dan tata tertib pasaran yang normal terganggu, tetapi juga hak dan kepentingan syarikat China yang sah malah kepentingan pelabur sejagat termasuk pelabur AS terjejas.

Zhao menunjukkan bahawa AS sepatutnya menghormati perundangan dan pasaran, membetulkan kesalahannya dengan menghentikan lakuan yang menjejaskan order pasaran kewangan sejagat dan hak dan kepentingan pelabur yang sah. China akan mengambil langkah yang semestinya untuk memelihara teguh hak dan kepentingan syarikat domestik yang rasional dan sah di samping menyokong syarikat terbabit memelihara kepentingan sendiri di sisi undang-undang.