China Bebaskan Tarif untuk 98% Produk dari 10 LDCs

2022-11-10 14:35:26  CRI
Share with:

China akan membebaskan semua tarif untuk 98%  produk hasilan sepuluh negara, iaitu Afghanistan, Republik Benin, Burkina Faso,  Republik Guinea Bissau, Kerajaan Lesotho, Republik Malawi, Republik Demokratik  Sao Tome and Principe, Republik Bersatu Tanzania, Republik Uganda dan Republik  Zambia yang tersenarai sebagai negara paling mundur (least developed countries--LDCs) bermula 1 Disember 2022.

Demikian terkandung dalam pengumuman yang  dikeluarkan Jawatankuasa Peraturan Tarif Kastam Dewan Negara pada Rabu.

Dimaklumkan lagi, China akan beransur-ansur  memberikan layanan berkenaan kepada kesemua negara paling mundur yang  berhubungan diplomatik dengannya.