Buku Terbitan China dalam Pameran IIBF 2022

2022-11-10 14:06:33  CRI
Share with:

Pameran Buku Antarabangsa Indonesia (IIBF) 2022 dibuka di Jakarta Convention Center, Indonesia pada Rabu.

Dalam pameran kali ini, Syarikat Import dan Eksport Bahan Sains dan Teknologi Kebangsaan China memamerkan sejumlah buku terbitan China yang berprestij pada zaman kontemporari.

Buku terbitan China yang berbahasa Mandarin, Inggeris dan Indonesia yang terpilih untuk pameran tersebut merangkumi bidang yang bertema, kebudayaan dan sejarah tradisional China, sosiobudaya, pelajaran bahasa, perubatan tradisional Cina dan kanak-kanak.

Semua buku yang termasuk kategori utama dalam kerangka pengeksportan hak cipta China itu, diesahkan sesuai dengan pasaran Indonesia dan kondusif bagi golongan pembaca dari  negara-negara Asia Tenggara memahami China pada zaman kontemporari dengan lebih baik.

Sempena berlangsungnya pameran IIBF 2022 selama 5 hari, Syarikat Import dan Eksport Bahan Sains dan Teknologi Kebangsaan China akan berkongsi pencapaian dan pengalaman China dalam bidang ekonomi dan ekologi melalui penayangan siri video “One Minute China” hasilan The Commercial Press China, bagi memperlihatkan keindahan, kebahagiaan, perjuangan serta ketekunan China.