Lima Bulan Kru Shenzhou-14 di Angkasa Lepas

2022-11-10 15:00:10  CRI
Share with:

Selepas lima bulan menetap di angkasa lepas, kru kapal angkasa Shenzhou-14, iaitu Chen Dong, Liu Yang, dan Cai Xuzhe telah berjaya menyelesaikan pelbagai misi dan turut digelar sebagai 'kru cemerlang".

Jom kita lihat misi-misi yang telah diselesaikan oleh mereka.

Aktiviti luar kenderaan (EVA) merupakan salah satu misi penting. Selepas memasuki 'rumah angkasa lepas' dalam persekitaran mikrograviti, kru Shenzhou-14 telah berjaya menjalankan EVA sebanyak dua kali masing-masing pada 2 dan 17 September, sekali gus berjaya menyelesaikan semua misi yang ditetapkan.  

Sementara itu, stesen angkasa China merupakan bilik darjah istimewa kepada golongan belia. "Kuliah Tiangong" ketiga berjaya diadakan oleh kru Shenzhou-14 kepada golongan belia di Bumi pada 12 Oktober. Ia juga kali pertama "kuliah Tiangong" dijalankan dalam modul eksperimen Wentian.

Selepas memasuki modul eksperimen Wentian, tiga angkasawan itu berjaya menyiapkan kawasan persekitaran kediaman, selesai memasang dan memastikan peralatan di dalam kabin berfungsi, menjalankan penyelidikan tentang bahan-bahan di ruangan angkasa, dan menanam tumbuhan.

Baru-baru ini, modul eksperimen Mengtian berjaya dilancarkan, dan telah bercantum dengan kompleks stesen angkasa China. Kru Shenzhou-14 yang turut memasuki modul eksperimen Mengtian pada 3 November.

Mereka bukan sahaja bersenam, menjalankan ujian badan, mengekalkan keadaan fizikal yang baik, tetapi juga menyambut Pesta Kuih Bulan dan Hari Kebangsaan China di ruang angkasa lepas.