Sidang Kemuncak ASEAN ke-40 dan ke-41 Dirasmikan

2022-11-11 13:48:54  CRI
Share with:

Sidang Kemuncak ASEAN ke-40 dan ke-41 dirasmikan  di Phnom Penh, Kemboja pagi tadi.

Sidang kemuncak yang bertema “ASEAN A.C.T: Menangani Cabaran Bersama” tahun ini berfokus kepada perbincangan tentang bagaimana ASEAN terus menyemarakkan semangat kerjasama dan kesatuan untuk mendorong pewujudan keamanan, kemakmuran dan kestabilan serantau selain membuat penilaian terhadap propsek ekonomi yang pulih pada fasa pasca pandemik COVID-19.  Ini merupakan sidang pemimpin negara ASEAN yang diadakan secara bersemuka yang pertama pada fasa pasca wabak.

Menurut jadual yang diumumkan, pelbagai persidangan kemuncak diadakan bermula 10 hingga 13 Nov.

Selain pemimpin dari negara ASEAN, pemimpin dan tokoh politik dari China, Amerika Syarikat, India,  Australia,  Kanada dan  Kesatuan Eropah juga akan hadir dalam persidangan tersebut.

Persidangan kemuncak itu merangkumi Sidang Kemuncak ASEAN-China ke-25; Sidang Kemuncak ASEAN-China, Jepun, Korea Selatan ke-25 dan Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) ke-17.