AS Sepatutnya Bertindak Sehaluan dengan China, Pulihkan Hubungan Sihat

2022-11-11 12:45:11  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) sepatutnya bertindak sehaluan dengan China, menangani dan mengawal perselisihan dengan baik, merancakkan kerjasama saling menguntungkan dan mengelakkan berlakunya salah saham untuk mendorong hubungan bilateral kembali ke landasan perkembangan yang betul dengan menuju ke arah yang sihat dan stabil. Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian berkata demikian dalam sidang media semalam.

Menyentuh pertanyaan wartawan dalam sidang media itu berhubung ucapan Presiden AS, Joe Biden tentang jadual pertemuannya dengan Presiden China, Xi Jinping dalam Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20), dan isu Taiwan yang mungkin akan dibincangkan, Zhao menyatakan bahawa China amat mementingkan cadangan AS untuk mengadakan pertemuan pemimpin kedua-dua negara di pulau Bali dan urusan berkenaan berada dalam perbincangan pada masa sekarang.

Kata Zhao, isu Taiwan adalah teras kepentingan utama China, prinsip Satu China merupakan asas bagi dasar politik dalam hubungan dua hala China-AS, manakala tiga Pengumuman Bersama China-AS berperanan sebagai 'pelindung' yang paling penting. AS digesa menghentikan cubaan dan tindakan yang bertujuan meremehkan, mengaburkan dan memutarbelitkan prinsip Satu China, sebaliknya bertindak mentaati tata tertib asas hubungan antarabangsa yang menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah negara lain, tidak mencampuri urusan hal ehwal dalaman negara lain, dan berpegang semula pada  prinsip Satu China yang terkandung dalam tiga Pengumuman Bersama China-AS.

Tambah beliau, AS digesa juga menghentikan tindakannya yang mempolitikkan dan memperalatkan isu ekonomi dan perdagangan dan mengambil tindakan yang sebenar memelihara peratuan ekonomi pasaran dan perdagangan antarabangsa.