ASEAN Setuju Terima Timor-Leste Sebagai Anggotanya

2022-11-12 14:34:15  CRI
Share with:

Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) pada dasarnya bersetuju mengakui Timor-Leste sebagai anggota ke-11 pertubuhan itu.

Pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-40 dan ke-41 serta Sidang Kemuncak Berkaitan di Phnom Penh, Kemboja pada Jumaat, pemimpin ASEAN dalam satu kenyataan berkata bahawa Timor-Leste akan diberi status pemerhati bagi mengambil bahagian dalam semua sesi sidang kemuncak serta mesyuarat ASEAN.

Para pemimpin bersetuju merangka Pelan Hala Tuju bagi menetapkan kriteria yang perlu dipenuhi Timor-Leste, dan semua negara anggota ASEAN  dikehendaki menyediakan sebarang sokongan yang diperlukan sebelum negara itu dianugerahkan keanggotaan penuh.