Kapal Angkasa Kargo Tianzhou-5 Berjaya Dilancarkan

2022-11-12 14:24:43  CRI
Share with:

Kapal angkasa kargo Tianzhou-5 yang dibawa roket pembawa Long March-7 Y6 telah berjaya dilancarkan pada pukul 10.03 pagi tadi dari Pusat Pelancaran Wenchang, provinsi Hainan.

Menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA), selepas memasuki orbit dan menyelesaikan prosedur berkenaan, Tianzhou-5 turut memulakan percantuman secara automatik dengan pintu belakang modul teras Tianhe yakni komponen utama stesen angkasa Tiangong pada  pukul 12.10 tengah hari tadi. Ini merupakan kali pertama angkasawan China yang bertugas di stesen angkasa menyambut ketibaan kapal angkasa kargo.

Tercatat satu rekod dunia yang baharu apabila berakhirnya percantuman berkenaan yang pantas dan beroperasi secara automatik  dengan hanya memakan masa dua jam.