Bebaskan Tanah untuk Pembinaan Taman Negara

2022-11-14 17:04:49  CRI
Share with:

Bekas kampung Miao yang kebanyakan penduduknya etnik Miao terletak di kaki gunung yang terpencil yang dikelilingi air dari tiga segi di pekan Donghe, provinsi Hainan. Bukan sahaja aksesnya ke luar kurang, tetapi juga sumber pendidikan dan perubatan pun terhad.

Seiring dengan pembinaan Taman Negara Hutan Hujan Tropikal dipergiatkan di provinsi Hannan, tanah kampung tersebut dijadualkan akan dibebaskan tanahnya sedangkan penduduknya diatur berpindah ke pekan Donghe. Sebanyak 168 unit rumah yang dibina kerajaaan tempatan bermula tahun 2020 sudah disediakan kepada 586 orang daripada 135 keluarga kampung itu. Pemindahan berkenaan sudah diselesaikan pada bulan Julai lalu dan para penduduk pun sudah memulakan kehidupan baharu.