Syarikat Danmark Terus Tambah Pelaburan di Tianjin

2022-11-14 17:00:33  CRI
Share with:

Dalam tempoh lebih 20 tahun lalu, Vono Nordisk, syarikat biofarmaseutikal dari Danmark menambah pelaburannya sebanyak lapan kali terhadap kilangnya di bandar Tianjin, China, antaranya pelaburan tambahan yang terakhir  berjumlah USD150 juta (RM692 juta). Pada masa sekarang, kilangnya di Tianjin sudah menjadi satu-satunya pembekal peranti suntikan insulin untuk kegunaan jangka panjang di dunia dan pangkalan pengeluaran dos insulin dan pengisian dos insulin yang paling besar di dunia.