Pembangunan Modenisasi China akan Berikan Lebih Banyak Peluang: Xi

2022-11-15 14:52:43  CRI
Share with:

China yang menuju ke arah modenisasi akan memberikan lebih banyak peluang kepada dunia.

Demikian ujar Presiden China, Xi Jinping ketika menyampaikan ucapan dalam mesyuarat fasa pertama Sidang Kemuncak ke-17 Kumpulan 20 (G20) yang diadakan di Bali pagi tadi.

Xi Jinping menyatakan bahawa Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) telah menggarsikan sasaran dan dasar pembangunan China bagi tempoh lima tahun dan masa lebih panjang. China akan mengekalkan jalan pembangunan damai, tidak berganjak memperkasakan pembaharuan dan keterbukaan, serta mendorong kebangkitan nusa dan bangsa secara komprehensif melalui modenisasi ala China.