Perkasakan Hubungan Perkongsian Komprehensif China-Belanda: Xi

2022-11-15 16:57:19  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte di Bali petang ini.

Xi menyatakan bahawa tahun ini ialah ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik peringkat duta besar antara China dan Belanda. Hubungan kedua-dua negara menghadapi prospek perkembangan baharu.

Beliau berkata, Kedua-dua negara perlu meningkatkan pertukaran lawatan peringkat tinggi, memperkukuh kepercayaan politik, mengendalikan hala tuju hubungan dua hala yang betul, mengekalkan situasi saling menguntungkan dan sama menang, di samping itu, mempergiat kerjasama dalam sektor pertanian, tali air dan sumber tenaga supaya melonjakkan hubungan perkongsian komprehansif kedua-dua negara ke tahap lebih tinggi.

Mark Rutte pula menyatakan bahawa pihaknya bersedia merapatkan pertukaran lawatan dengan China dan mengekalkan momentum perkembangan hubungan dua hala yang kuat. 

Beliau menambah bahawa Belanda bersedia bekerjasama dengan China untuk mempergiat kerjasama melibatkan sektor inovasi dan perubahan iklim hingga mencapai kecemerlangan baharu hubungan dua hala bagi 50 tahun akan datang.