Dorong Pembangunan Sejagat yang Lebih Inklusif: Xi

2022-11-15 16:04:33  CRI
Share with:

Perkembangan manusia menghadapi cabaran yang besar pada masa ini. Pelbagai negara harus membina kesedaran komuniti berkongsi nasib sesama insan, dan mempromosi konsep kedamaian, pembangunan, kerjasama dan sama menang. Negara anggota Kumpulan 20 (G20) perlu memikul tanggungjawab sebagai negara besar, memperjuangkan pembangunan kepada pelbagai negara, membawa kesejahteraan untuk umat manusia, dan mewujudkan kemajuan untuk dunia.

Demikian dikatakan Presiden China, Xi Jinping ketika berucap pada mesyuarat fasa pertama Sidang Kemuncak G20 di Bali, Indonesia pagi tadi.

Menurutnya, masyarakat antarabangsa perlu memperkasakan pembangunan sejagat yang lebih inklusif. Pelbagai negara perlu saling menghormati, mencari persamaan dan melenyapkan perbezaan, hidup bersama secara damai serta mendorong dan membina ekonomi dunia yang lebih terbuka.