Pertemuan Pemimpin China-AS Berhasil

2022-11-15 14:37:46  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Joe Biden di Bali, Indonesia semalam. Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Wang Yi dalam sesi media telah memberi taklimat tentang hasil pertemuan tersebut.

Menurutnya, pertemuan tersebut adalah kali pertama antara pemimpin China dan AS dalam tempoh tiga tahun lalu, pertemuan bersemuka kali pertama kedua-dua pemimpin itu sejak Biden menyandang jawatan presiden, dan pertemuan kali pertama kedua-dua presiden setelah menyelesaikan agenda penting di negara masing-masing pada tahun ini.

Xi dan Biden telah bertukar-tukar pandangan tentang lima topik utama iaitu dasar domestik dan luar masing-masing, hubungan kedua-dua negara, isu Taiwan, dialog dan kerjasama dalam pelbagai bidang, serta isu serantau dan antarabangsa yang penting.

Diplomatik pemimpin bagaikan 'kompas' dan 'batu asas' bagi hubungan China-AS dan ia memainkan peranan peneraju strategik yang tidak dapat digantikan dalam hubungan kedua-dua negara. Hubungan China-AS menghadapi cabaran sengit dan berada di persimpangan pada masa ini. Kedua-dua pemimpin dalam pertemuan kali ini telah menetapkan hala tuju perkembangan hubungan itu dan mengadakan aturan berkaitan.

Wang Yi menyatakan, Presiden Xi dan Biden memberi perhatian tinggi tentang erti penting hubungan kedua-dua negara terhadap dunia. Mereka menegaskan peri pentingnya penetapan prinsip panduan hubungan kedua-dua negara, dan berharap untuk membaiki hubungan itu, meningkatkan pertukaran dan komunikasi dan memperkasakan kerjasama pragmatik. Kedua-dua pemimpin telah menggariskan hala tuju perkembangan hubungan China-AS pada masa akan datang dan ini bermanfaat bagi membawa hubungan kedua-dua negara kembali ke landasan yang sihat dan stabil.