China Bersedia Rapatkan Kerjasama dengan Afrika Selatan

2022-11-15 17:08:12  CRI
Share with:

China mementingkan hubungan China dengan Afrika Selatan dari perspektif strategik, dan bersedia memperkukuh kepercayaan politik dengan Afrika Selatan hingga melonjakkan hubungan perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara ke tahap lebih tingi.

Presiden China, Xi Jinping menyatakan demikian ketika bertemu dengan rakan sejawatnya dari Afrika Selatan, Matamela Cyril Ramaphosa di Bali, Indonesia petang tadi.

Xi menyatakan bahawa China dan Afrika Selatan ialah negara membangun yang penting dan dengan tegas menjaga keadilan dan kesaksamaan antarabangas, serta kepentingan bersama negara membangun. 

Beliau berkata, China menyokong Afrika Selatan sebagai negara pengerusi bergilir BRICS tahun depan, dan bersedia bekerjasama dengan Afrika Selatan merapatkan perpaduan dan kerjasama China-Afrika, meningkatkan penyelarasan dalam hal ehwal antarabangsa, dan bersama-sama menangani cabaran global seperti perubahan iklim, keselamatan makanan dan tenaga.

Ramaphosa merakamkan terima kasih kepada China ketika melawan pandemik COVID-19 dan membantu negara-negara Afrika mengurangkan krisis hutang.

Beliau berkata, China ialah rakan strategik penting bagi Afrika Selatan, dan pihaknya akan dengan tegas mengamalkan prinsip satu China.