Sidang Kemuncak G20 ke-17 Dirasmikan

2022-11-15 12:19:53  CRI
Share with:

Sidang Kemuncak ke-17 Kumpulan 20 (G20) dirasmikan di Bali, Indonesia pagi tadi.

Bertemakan "Pulih Bersama, Pulih Lebih Kukuh", sidang kemuncak kali ini akan memfokuskan kepada topik-topik seperti prasarana kesihatan global, transformasi digital, dan transformasi tenaga yang lestari.

G20 yang ditubuhkan pada tahun 1999 dianggotai entiti ekonomi maju utama dan entiti pasaran baharu muncul. Organisasi ini memainkan peranan yang amat signifikan dalam urusan global dan telah menjadi mekanisme pelbagai hala yang berkesan untuk bersama-sama menangani isu global.