Latihan Masak Kopi untuk Orang Tuli

2022-11-15 21:52:57  CRI
Share with:


Latihan kebajikan “tukang kopi pendiam” edisi baharu untuk golongan orang tuli berlangsung di Sekolah Ekonomi Bandar di bandar Xi’an provinsi Shaanxi pada masa sekarang.


Melalui latihan vokasional selama sebulan itu, para pelajar bukan sahaja dapat menguasai kemahiran memasak kopi, malah boleh menghafal tentang prosedur operasi kafe. Ini kondusif bagi mereka yang berhasrat menceburkan diri dalam bidang tersebut pada masa depan.

Program yang diinisiatif pada 2019 itu telah diadakan sebanyak 8 edisi, dan menyaksikan lebih 20 daripada hampir 200 orang tuli yang pernah mengikuti latihan tersebut, memulakan kerjaya mereka berkaitan kafe di sejumlah tempat.