Tianzhou-4 Masuk Lagi Atmosfera

2022-11-15 13:00:07  CRI
Share with:

Kapal kargo Tianzhou-4 sekali lagi memasuki atmosfera dalam keadaan terkawal pada Selasa, lapor Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA).

Hampir keseluruhan kapal itu terbakar dalam proses memasuki atmosfera, manakala sebahagian kecil bangkainya jatuh ke kawasan perairan selatan Lautan Pasifik seperti yang dirancang.

Tianzhou-4 yang dilancarkan pada 10 Mei telah membawa barang seberat kira-kira enam tan ke stesen angkasa lepas China.

Selepas berpisah dengan stesen angkasa, ia turut digunakan bagi menjalankan ujian teknologi angkasa lepas.