Presiden Xi Bertemu dengan Setiausaha Agung PBB, Guterres

2022-11-16 22:33:12  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),  Antonio Guterres di Bali, Indonesia pada Rabu petang.

Xi menyatakan bahawa China adalah penyokong tegar sistem antarabangsa berteraskan PBB. China bersedia untuk mengukuhkan kerjasama dengan PBB untuk bersama-sama mempromosikan Inisiatif Pembangunan Global (GDI) dan Inisiatif Keselamatan Global (GSI) untuk mencapai hasil.

Beliau berkata, China akan mendorong pembangunan seluruh umat manusia menerusi modenisani ala China, memberi peluang baharu kepada dunia dengan pembangunan baharu China, serta menyumbang lebih kestabilan dan kepastian kepada dunia yang bergelora. China akan terus menegakkan multilateralisme dan menyokong kerja PBB.

Guterres pula berkata bahawa PBB amat menghargai kepatuhan China kepada multilateralisme. Pihaknya menyokong prinsip satu China dan menyifatkannya sebagai garis merah bagi China yang tidak boleh dilintasi dan mesti dihormati.

Beliau menyatakan bahawa PBB bersedia untuk terus bekerjasama rapat dengan China dan berharap China akan memainkan peranan yang lebih besar dalam usaha memelihara keamanan dan pembangunan dunia.