Wang Yi Bertemu Lavrov

2022-11-16 15:15:21  CRI
Share with:

Menteri Luar China, Wang Yi bertemu dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Sergey Lavrov di Bali, Indonesia pada Selasa.

Wang Yi, yang juga Anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Ahli Dewan Negara China, dalam pertemuan itu berkata, pihaknya bersedia bersama-sama pihak Rusia meningkatkan pertukaran lawatan peringkat tinggi dan komunikasi dalam pelbagai bidang, memperkasakan kerjasama praktikal, dan memudahkan pertukaran personel.

Menurutnya, "empat patut" dan "empat bersama" yang dianjurkan Presiden Xi Jinping merupakan garis panduan China untuk mengendalikan isu Ukraine. China akan terus mempertahankan pendirian yang objektif dan adil dan memainkan peranan membina bagi mendorong rundingan damai.

Lavrov pula berkata, Rusia bersedia mengukuhkan trend baik pertukaran peringkat tinggi dengan China, dan memperkasakan hubungan perkongsian strategik komprehensif dengan China.

Beliau menegaskan, Rusia bersikap terbuka tentang rundingan dan dialog.