Kereta Elektrik Buatan China Menyerlah di Pulau Bali

2022-11-16 13:59:49  CRI
Share with:

Baru-baru ini, sebanyak 300 kereta elektrik hasil pelaburan China, menyerlah dalam penggunaan rasmi semasa berlangsungnya Sidang Kemuncak G20 di Pulau Bali, Indonesia.

Air EV yang terpilih untuk kegunaan rasmi berkaitan delegasi pelbagai negara dan jawatankuasa penganjur, merupakan produk buatan syarikat SAIC-GM-Wuling Automobile di Indonesia, yang juga cerminan kepakaran China yang berkaliber dalam bidang pengeluaran kereta elektrik.