Aktiviti Sukaneka untuk Petani di Pekan Pingyao

2022-11-17 15:33:36  CRI
Share with:

Hampir 200 orang “tukang mahir” dari 13 kampung beraksi dalam satu aktiviti sukaneka yang diadakan untuk petani di pekan Pingyao, bandar Hangzhou, provinsi Zhejiang baru-baru ini.

Acara yang dipertandingkan termasuk menggalas dan menghantar bijirin, menuai padi, menggali kentang, mengupas kulit jagung, mengangkut air untuk kegunaan musim kemarau dan sebagainya.

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, kluster industri yang berdasarkan pertanian, kebudayaan dan pelancongan yang bercirikan tempatan beransur-ansur terbentuk di pekan Pingyao, dan peranannya semakin menonjol dalam penjanaan pendapatan penduduk tempatan.