Yinchuan, Satu-satunya “Bandar Tanah Lembap Antarabangsa” di Barat Laut China

2022-11-17 15:30:10  CRI
Share with:

Yinchuan, ibu kota Wilayah Autonomi Ningxia yang altitudnya berpurata 1,000 meter ke atas, terletak di kawasan barat laut China. 

Walaupun berhampiran dengan padang pasir Tengger dan padang pasir Mu Us yang terbentang luas, namun bandar Yinchuan tetap mempunyai tanah lembap seluas 53.1 ribu hektar yang melibatkan 200 buah tasik semula jadi dan lima buah taman tanah lembap peringkat kebangsaan.  Ini tidak terlepas dari usaha gigih dalam pengendalian ekosistem serta kawalan bersepadu terhadap padang pasir dan tanah lembap.

Yinchuan yang terpilih menjadi “Bandar Tanah Lembap Antarabangsa” kumpulan pertama di dunia pada tahun 2018, bukan sahaja berperanan sebagai salah satu perhentian utama bagi burung hijrah pelbagai spesies yang terbang dari kawasan barat China dan Asia Timur menuju ke Australia, tetapi juga sebagai habitat bagi 239 jenis burung liar.