CMG dan RRI Tandatangani Memorandum Kerjasama

2022-11-17 14:33:31  CRI
Share with:

Kumpulan Media China (CMG) dan Radio Republik Indonesia (RRI) menandatangani Memorandum Kerjasama CMG-RRI.

Dokumen yang ditandatangani oleh Presiden CMG, Shen Haixiong dan Presiden RRI, I Hendrasmo merupakan hasil kerjasama terkini antara media perdana kedua-dua negara di bawah bimbingan pemimpin tertinggi China dan Indonesia.

Pada beberapa tahun ini, kerjasama pragmatik CMG dengan media perdana dari Indonesia ditingkatkan, menyumbang tenaga besar untuk menggalakkan pertukaran lawatan dan kebudayaan, meningkatkan persefahaman dan persahabatan dalam kalangan rakyat, serta membina komuniti berkongsi nasib China-Indonesia.