Sibuknya Kru Shenzhou-14 di Angkasa Lepas

2022-11-17 14:27:49  CRI
Share with:

Kompleks stesen angkasa China telah mewujudkan struktur asas berbentuk ‘T’ selepas bercantum dengan dua modul eksperimen iaitu Wentian dan Mengtian yang masing-masing dilancarkan pada Julai dan Oktober.

Selain itu, ia turut berjaya menggabungkan pengurusan terhadap pelbagai fungsi bagi menyokong eksperimen penyelidikan angkasa dan ujian teknologi baharu pada skala lebih besar.

Setakat ini, kru Shenzhou-14 yang sedang bertugas di stesen angkasa telah menyelesaikan tugas seperti penyusunan pakej kargo dan pemasangan peralatan dalam modul eksperimen Mengtian.

Pada bulan terakhir berada di orbit, ketiga-tiga angkasawan iaitu Chen Dong, Liu Yang dan Cai Xuzhe akan meneruskan tugasan mereka sehingga bertukar syif dengan kru kapal angkasa Shenzhou-15.