Berpadu Bina Komuniti Berkongsi Nasib Asia-Pasifik: Xi

2022-11-18 13:51:39  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping menyampaikan ucapan penting dalam Sidang Pemimpin ke-29 Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) yang dirasmkan di Bangkok, Thailand pagi tadi.

Xi menyatakan bahawa pada masa ini, wabak COVID-19 masih menular di dunia, dan pemulihan ekonomi global menghadapi pelbagai cabaran. Sementara itu, unilateralisme dan amalan perlindungan kian bangkit, memberikan tempias kepada rantaian perindustrian dan bekalan global. Isu seperti inflasi, keselamatan makanan dan tenaga juga semakin meruncing.

Beliau menyatakan bahawa dalam situasi baharu ini, kita harus berganding tangan untuk membina komuniti berkongsi nasib Asia-Pasifik dan mencipta kecemerlangan baharu dalam kerjasama serantau.

Beliau mencadangkan bahawa usaha harus diperkasakan untuk memelihara kesaksamaan dan keadilan antarabangsa untuk membina Asia-Pasifik yang aman dan stabil, mengekalkan keterbukaan dan keinklusifan demi mewujudkan kemakmuran bersama di Asia-Pasifik.

Pada masa sama, pembangunan mesra alam dan rendah karbon patut diperkasakan demi membina Asia-Pasifik yang bersih dan indah, dan berganding bahu untuk menjadikan Asia-Pasifik rantau yang saling menyokong.

Presiden Xi menyatakan bahawa Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) yang diadakan dengan jayanya pada bulan lalu, menggariskan hala tuju pembangunan China pada masa akan datang. China bersedia hidup bersama secara aman dan mewujudkan pembangunan bersama dengan semua negara berdasarkan prinsip saling menghormati, sama rata dan sama menang. 

Beliau menegaskan, China akan mengintensifkan keterbukaan dan mendorong modenisasi ala China hingga memberikan limpahan manfaat kepada seluruh dunia, khususnya Asia-Pasifik.