Masyarakat Tempatan Sambut Baik Kejayaan Ujian HSR Jakarta-Bandung

2022-11-18 14:25:52  CRI
Share with:

Seunit tren pemeriksa telah menjalankan ujian bersepadu terhadap landasan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung seksyen stesen Tegal Luar ke No.4 Casting Yard pada Rabu.

Semua indeks didapati berprestasi baik dan ia menandakan ujian operasi pertama HSR itu mencapai kejayaan.

Gabenor provinsi Jawa Barat, Ridwan Kamil menyatakan, ujian operasi HSR itu dinanti-nantikan lama oleh rakyat tempatan dan ia sunggh bermakna dalam sejarah negara itu.

"Kami berbesar hati, terharu dan tersentuh kerana HSR ini bukan sahaja akan berkhidmat dalam pengangkutan awam, tetapi juga akan membawa titik pertumbuhan ekonomi baharu, sekali gus memacu pembangunan dan pembinaan kawasan terlibat.

"Sebagai gabenor, saya bersyukur kerana provinsi ini akan mendapat manfaat besar." kata beliau.

Pengerusi Kereta Cepat Inodesia China (KCIC), Dwiyana Slamet Riyadi menyatakan bahawa HSR Jakarta-Bandung ialah landasan HSR pertama di rantau Asia Tenggara, dan pihaknya belajar banyak dari pembinaannya.

HSR Jakarta-Bandung yang menghubungkan Jakarta dengan bandar keempat terbesar di Indonesia sepanjang 142.3 kilometer. Kelajuan maksimanya boleh mencapai 350 kilometer sejam. Selepas projek itu siap, masa perjalanan dari Jakarta ke Bandung akan dipendekkan daripada lebih tiga jam kepada 40 minit.