China Jadi Teladan dalam Dorong Pembangunan Sejagat

2022-11-18 14:45:29  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping ketika berucap pada Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) baru-baru ini mengatakan bahawa masyarakat antarabangsa perlu mendorong pembangunan dan kemajuan bersama dari perspektif matlamat jangka panjang dan keperluan praktikal pembangunan bersama dunia. Tokoh-tokoh dari beberapa negara rata-rata menganggap bahawa China telah menjadi teladan dalam mendorong pembangunan sejagat melalui Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Seorang pegawai kanan dari Kementerian Komunikasi dan Maklumat Indonesia mengatakan, beliau yakin China akan memainkan peranan yang lebih besar penyelesaian beberapa masalah global seperti ekonomi, geopolitik dan kesihatan.

Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach berkata, Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 yang diadakan di Beijing dengan jayanya telah mencipta satu bab yang cemerlang dalam sejarah Olimpik.

Menurutnya, Presiden Xi amat menyokong semangat sukan iaitu "berpadu dan kerjasama". Ini menjadikan sukan sebagai kekuatan yang mendorong perpaduan.