Persidangan Pembangunan Pelancongan Hunan

2022-11-21 09:14:49  CRI
Share with:

Persidangan pembangunan pelancongan Hunan pertama diadakan di bandar Zhangjiajie pada 19 November lalu. Persidangan kali ini terdiri daripada tiga aktiviti utama iaitu upacara perasmian yang juga jerayawara budaya dan pelancongan, pertunjukan projek budaya dan pelancongan serta persidangan promosi industri pelancongan Hunan.

Selain itu, simposium peringkat tinggi pelancongan China 2022, ekspo warisan budaya tidak ketara Hunan pertama dan persidangan pelaburan dan pengumpulan dana industri budaya dan pelancongan Hunan turut diadakan dalam tempoh persidangan kali ini.