Kawasan Setinggan Diubah Jadi Taman di Tianjin

2022-11-21 22:49:11  CRI
Share with:

"Kampung Nelayan" yang terletak di tebing utara sungai Ziya, daerah Hongqiao, bandar Tianjin pernah merupakan kawasan setinggan pada masa dulu di mana terdapat banyak perumahan kecil-kecilan yang dibina penghuninya dengan tangan sendiri. Sebanyak 563 buah keluarga yang menetap di situ sejak sekian lama hidup dalam risiko yang terwujud dalam bangunan yang lama dan usang serta lorong yang kecil dan sempit.

Sejak tahun 2018, kampung itu mulai dibongkar dan semua penduduknya diatur berpindah ke perumahan baharu. 

Pada masa ini, bukan sahaja penduduk tempatan dapat hidup dalam suasana selesa berkat perumahan yang baru dihuninya jauh lebih baik daripada yang lama, tetapi juga bekas kawasan setinggan itu sudah diubah menjadi satu taman ekologi hijau yang bersepadu. 

Sungai Ziya juga dibaik pulih sehingga berjaya menukar wajahnya sebagai satu destinasi indah yang airnya bersih serta penghijjauan di kedua-dua tebingnya subur, dan turut menjadi pilihan pertama bagi penduduk tempatan untuk bersiar dan bersantai.