COP27 Ditutup dengan Penubuhan Dana Kerugian dan Kerosakan

2022-11-21 12:25:29  CRI
Share with:

Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan keputusan untuk menubuhkan dana kerugian dan kerosakan, sekali gus mendapat sambutan yang baik.

Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres menerusi kenyataan mengalu-alukan keputusan tersebut, apabila Persidangan ke-27 Pihak-Pihak Pemeterai Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim PBB (UNFCCC), atau COP27 melabuhkan tirainya di Sharm el-Sheikh, Mesir pada Ahad.

Guterres memuji COP27 mengambil langkah penting ke arah keadilan.

"Saya mengalu-alukan keputusan untuk mengoperasikan dana berkenaan dalam tempoh yang akan datang.

"Jelas sekali ini tidak mencukupi, pihak-pihak terbabit harus berusaha ke arah membina semula kepercayaan yang rosak," kata beliau.

Ketua PBB itu turut menekankan perlunya menepati janji yang telah lama tertangguh untuk menyediakan pembiayaan iklim sebanyak AS$100 bilion setahun kepada negara membangun.