China, Jamaica Rai Jubli Emas Ikatan Diplomatik

2022-11-21 16:37:26  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping dan Gabenor Jeneral Jamaica, Patrick Allen saling mengutus kawat tahniah sempena jubli emas ikatan diplomatik kedua-dua negara.

Xi berkata hubungan kedua-dua negara mengekalkan perkembangan yang baik dalam tempoh lima dekad lalu, menyaksikan kesalingpercayaan politik terus diperdalam, kerjasama pragmatik membuahkan hasil memberangsangkan dan persahabahan sesama rakyat makin meningkat.

Beliau menzahirkan kesediaan untuk bersama Allen mempergiat kerjasama bilateral dalam pelbagai bidang, mewujudkan pembangunan berkualiti Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), meningkatkan perkongsian strategik China-Jamaica ke tahap baharu, dan bersinergi ke arah membina komuniti berkongsi nasib pada era baharu.

Allen pula menyifatkan perkembangan hubungan persahabatan serta keberhasilan kerjasama bilateral sebagai amat menggalakkan.

Beliau turut meluahkan hasrat ingin memperkasa kerjasama dengan China dan memantapkan lagi perkongsian strategik antara kedua-dua negara.