Keindahan Ais Membeku pada Ranting Pokok

2022-11-22 15:51:20  CRI
Share with:

 

Menurut kalendar tradisional '24 Hari Suria' Cina, hari ini, 22 November, merupakan hari 'Xiao Xue' (Salji Kecil).

Ketibaan 'Xiao Xue'menandakan cuaca akan semakin sejuk dari hari ke hari, dengan penurunan hujan akan turut sama meningkat.



Pada musim begini, fenomena ais membeku pada ranting pokok juga akan mudah terbentuk.

 

Baru-baru ini, fenomena tersebut sudah dilihat wujud di kedua-dua tebing sungai Gan, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam China.

 

Ais membeku pada ranting pokok atau juga dikenali sebagai 'Wusong' dalam bahasa Mandarin, merupakan fenomena alam wap air dalam udara membeku pada daun dan ranting pokok kerana suhu jatuh secara mendadak.

Fenomena luar biasa itu turut menyajikan panorama yang sangat mempesona, dan pastinya mampu menawan hati buat si pelihat.