Aktiviti Diplomasi Xi Amat Berhasil

2022-11-22 14:48:25  CRI
Share with:

Aktiviti diplomasi yang dilakukan Presiden Xi Jinping selepas Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) besarnya makna dengan membuahkan hasil menggalakkan, kata jurucakap Kementerian Luar Mao Ning.

Minggu lalu, Xi menghadiri Sidang Kemuncak ke-17 Kumpulan 20 (G20) di Indonesia dan Mesyuarat Pemimpin Ekonomi (AELM) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-29 di Thailand.

Di pentas antarabangsa membabitkan dua hala atau pelbagai hala, Presiden Xi mendedahkan lebih banyak butiran mengenai proses pemodenan bercirikan China, serta komitmen negara ini dalam mewujudkan pembangunan berkualiti dan landskap keterbukaan bertaraf tinggi.

Beliau turut menyeru semua negara membina kesedaran komuniti berkongsi nasib sesama insan, di samping mendorong pembangunan global ke arah lebih inklusif, menguntungkan semua serta lebih berdaya tahan.