Rondaan Bersama ke-123 di Sungai Mekong Bermula

2022-11-23 16:00:12  CRI
Share with:

China, Laos, Myanmar dan Thailand melancarkan operasi rondaan bersama kali ke-123 di Sungai Mekong bermula Selasa.

Operasi itu akan berlangsung selama empat hari dengan melibatkan empat kapal peronda.

Dalam pada itu, empat pihak akan bersinergi untuk membanteras pelbagai kegiatan jenayah di kawasan aliran sungai berkenaan.