Jom Lawat Ekspo China-Asia Selatan ke-6!

2022-11-23 11:10:30  CRI
Share with:

 

Ekspo China-Asia Selatan ke-6 dengan jayanya diadakan di bandar Kunming, China pada 19 hingga 22 November, dan turut disertai wakil daripada lebih 80 buah negara, kawasan serta pertubuhan antarabangsa.

 

Ekspo yang bertemakan “berkongsi peluang baharu dan membincang pembangunan baharu secara bersama” diadakan secara hibrid.

 

Pada masa sama, platform pertukaran dan kerjasama antarabangsa yang melibatkan sektor berbeza juga dibina untuk merancakkan pertukaran dan kerjasama secara lebih luas antara pelbagai pihak.

 

Menurut rekod, produk pelbagai negara yang unggul dan bercirikan masing-masing telah dipamerkan di dalam sebanyak 13 buah balai ekspo kali ini.