Presiden Laos Lawat China Minggu Depan
2022-11-24 11:18:26 CRI
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Revolusi Rakyat Laos (LPRP) merangkap Presiden Laos, Thongloun Sisoulith akan mengadakan lawatan rasmi ke China pada 29 November hingga 1 Disember.
Lawatan itu atas undangan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Presiden China, Xi Jinping.
Agenda tersebut diumumkan jurucakap Jabatan Perhubungan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat PKC, Hu Zhaoming dalam sidang media di Beijing pagi tadi.