China, DRC Komited Perkasa Hubungan Bilateral

2022-11-24 16:21:51  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Republik Demokratik Congo (DRC), Felix Tshisekedi saling mengutus kawat tahniah sempena ulang tahun ke-50 pemulihan hubungan kedua-dua negara.

Xi berkata kedua-dua negara menjalin perkongsian strategik yang saling menguntungkan dan meraih hasil memberangsangkan dalam kerjasama pragmatik pada tahun-tahun kebelakangan ini, sekali gus menyumbang kepada kesejahteraan rakyat.

Beliau meluahkan hasrat untuk berusaha bersama dengan Tshisekedi bagi memperdalam kesalingpercayaan politik serta memperkasa kerjasama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), agar menyingkap lembaran baharu hubungan bilateral.

Tshisekedi pula berkata hubungan antara DRC dan China menyaksikan perkembangan yang berterusan dan baik pada setengah abad lalu.

Beliau menzahirkan kesediaannya untuk memperkukuh persahabatan tradisional dan memantapkan lagi perkongsian strategik dengan China.