Eropah Berang AS Tikam Belakang

2022-11-24 14:03:01  CRI
Share with:

Presiden Perancis Emmanuel Macron menganjurkan majlis makan malam bersama pemimpin perniagaan terkemuka Eropah di Istana Elysee pada Isnin, dengan menyuarakan rayuan supaya mereka memilih melabur di benua ini daripada Amerika Syarikat (AS).

Antara tetamu yang dijemput menghadiri jamuan itu adalah dari Ericsson, Volvo, Unilever dan lain-lain.

Disebabkan harga tenaga yang melambung tinggi dan kos pengeluaran yang terus bertambah, syarikat di Eropah menghadapi krisis kelangsungan perniagaan yang teruk.

Namun, harga tenaga agak stabil di AS, ditambah pula dengan subsidi yang disasarkan untuk syarikat tempatan di bawah ‘Akta Pengurangan Inflasi’, syarikat Eropah tiada pilihan lain melainkan berpaling ke belakang dengan mengalirkan pelaburan ke AS.

Sejak tercetusnya krisis Ukraine, Eropah telah pun mengikut perbuatan AS melancarkan beberapa pusingan sekatan terhadap Rusia, tetapi akhirnya ia sendiri menjadi mangsa terbesar.

AS, pencetus krisis itu, mengambil kesempatan daripada krisis tenaga yang melanda Eropah untuk mengaut laba.

Sebagai contoh, gas asli cecair (LNG) yang bernilai AS$60 juta dijual ke Eropah dengan harga AS$275 juta, meningkat lebih daripada tiga kali ganda.

Semakin ramai orang di Eropah melihat perkara ini dengan lebih jelas: Daripada menggunakan konflik Rusia-Ukraine untuk menyekat autonomi strategik Eropah, hingga mengikis laba daripada krisis tenaga, atau pun ‘mengosongkan’ industri pembuatan Eropah untuk ‘mengisi perut dirinya’, inilah taktik pengiraan AS!

Selepas belajar dari pengalaman yang tidak menyenangkan, negara Eropah mula bangkit bertindak balas.

Antaranya, Menteri Perdagangan Luar Negeri dan Kerjasama Pembangunan Belanda Schreiner Maher berkata pihaknya takkan mengikut telunjuk AS mengekang pembangunan industri semikonduktor China.

Sementara itu, banyak negara di benua itu menyuarakan bantahan mereka terhadap perbuatan ‘cantas hubungan’.

Melihat kembali AS, strategi 'America First' sedang menjauhkan negara itu daripada sekutunya.

Negara di Eropah mula mengatasi inersia dan mengubah tabiat mengikut telunjuk AS dalam membuat keputusan, demi mewujudkan status berautonomi secara strategik.

Jamuan di Istana Elysee merupakan satu isyarat yang jelas.