Rusia Dakwa Temui Bukti AS Bangunkan Senjata Biologi di Ukraine

2022-11-25 12:57:18  CRI
Share with:

Rusia mendakwa pihaknya menemui bukti yang membongkar niat Amerika Syarikat (AS) hendak menggunakan senjata biologi di Ukraine. 

Ketua Pusat Penyelidikan Ancaman Kimia dan Biologi Kementerian Pertahanan Rusia, Dmitry Poklonsky berkata AS didapati menguji banyak patogen berbahaya yang disimpan di Ukraine.

“Bukti berkenaan menunjukkan AS juga merancang memperoleh peralatan penghantaran automatik yang khusus untuk mengangkut senjata biologi.

“Penyelidikan biologi dilakukan AS di Ukraine ternyata bukan untuk tujuan perubatan kerana ia menyasar patogen penyakit berjangkit yang tidak pernah muncul di negara itu,” kata beliau.