Pegawai Kastam Pelabuhan Ningbo-Zhoushan

2022-11-25 19:47:37  CRI
Share with:

 

Pelabuhan Ningbo-Zhoushan di provinsi Zhejiang, timur China terletak berhadapan dengan Lautan Pasifik dan turut disokong oleh lingkungan ekonomi delta sungai Yangtze.

Hu Xiaofeng, merupakan pegawai kastam di pelabuhan tersebut selama lebih 20 tahun.

Seiring dengan pembangunan integrasi ekonomi global, kastam memainkan peranan penting dalam mendorong perdagangan yang lebih bebas dan mudah.

Hu dan rakan sekerjanya telah menyaksikan operasi pelbagai laluan pengangkutan antarabangsa dan Pelabuhan Ningbo-Zhoushan turut berjaya menjadi pelabuhan gergasi antarabangsa yang menduduki tempat pertama dari segi bilangan kargo.