Tunchang Giat Kembangkan Industri Lukisan Minyak

2022-11-26 22:40:48  CRI
Share with:

Koleksi gambar ini diambil pada 23 November 2022 tentang jalan lukisan minyak di kaunti Tunchang, provinsi Hainan China.

Tunchang digelar sebagai “kampung lukisan minyak” kerana industri lukisan minyak yang rancak di kaunti berkenaan. Dalam tempoh lebih sedekad lalu, kerajaan tempatan giat memperkasakan industri lukisan minyak melalui usaha membina jalan lukisan minyak, menarik bakat profesional, mengurangkan kos sewa galeri seni dan lain-lain. Sekarang, lukisan minyak Tunchang laris dijual di pasaran dalam dan luar negara dengan nilai jualan mencecah RMB7 juta (RM4.45 juta) setahun.