Xi Utus Takziah Gempa Gegar Kepulauan Solomon

2022-11-26 12:52:15  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping menzahirkan ucapan takziah kepada Gabenor Jeneral Kepulauan Solomon David Vunagi atas gempa bumi yang menggegarkan negara itu, pada Jumaat. 

Xi berkata beliau terkejut apabila dimaklumkan mengenai bencana itu, dan mewakili kerajaan serta rakyat China menyampaikan rasa simpati kepada kerajaan dan rakyat Kepulauan Solomon. 

China bersedia menyalurkan sokongan seboleh mungkin untuk membantu rakyat tempatan membangunkan kembali kampung halaman mereka.