40,000 Korban Akibat Keganasan Senjata Api di AS Tahun ini

2022-11-27 16:20:11  CRI
Share with:

Sejak awal tahun ini, lebih 40,000 orang diragut nyawa akibat keganasan membabitkan penggunaan senjata api di Amerika Syarikat (AS).

Antaranya termasuk hampir 300 orang kanak-kanak yang berumur 0 hingga 12 tahun, menurut data terkini Arkib Keganasan Senjata Api (GVA).

Ini adalah tahun ketiga berturut-turut angka kematian itu melebihi paras 40,000.

Selain itu, lebih 35,000 lagi dilaporkan cedera dalam pelbagai jenis insiden keganasan senjata api pada tahun ini.