Presiden Majlis Eropah Bakal Lawat China

2022-11-29 14:38:10  CRI
Share with:

Atas undangan Presiden China Xi Jinping, Presiden Majlis Eropah, Charles Michel akan melawat China pada 1 Disember.

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang akhbar semalam mendedahkan lawatan itu merupakan pertemuan rasmi yang pertama diadakan antara pemimpin China dengan agensi Kesatuan Eropah (EU) selepas berlangsungnya Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC).

Tambah Zhao, menurut jadual lawatan tersebut, Presiden Xi akan mengadakan perbincangan dengan Charles Michel, dan selanjutnya Perdana Menteri Li Keqiang dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC), Li Zhanshu juga akan mengadakan pertemuan dengannya.

Pemimpin kedua-dua pihak akan bertukar-tukar pandangan tentang hubungan China-Eropah, isu antarabangsa dan serantau yang menarik perhatian kedua-dua pihak.

Zhao berkata, China mengambil berat terhadap hubungan dengan Eropah, dan berharap agar melalui lawatan nanti, kedua-dua pihakmeningkatkan interaksi strategik, mencapai dan mengukuhkan konsensus,mendorong hubungan bilateral terus berkembang secara sihat dan stabil sehingga memberi pernafasan baru kepada situasi antarabangsa yang rumit dan kurang tenteram kini.